|
Segala
pujian bagi Allah S.W.T. Tuhan sekelian alam, solawat serta
salam ke atas junjungan agung Nabi Muhammad S.A.W,
keluarganya serta sahabat-sahabatnya.
Pertama sekali marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran
kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmatnya,
Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. dapat bergerak serta berkembang
maju dari semasa ke semasa serta semakin mendapat sambutan
yang menggalakkan dari kaum muslimin khususnya di Malaysia.
Produk-produk makanan kesihatan dari Perniagaan Qurba Sdn.
Bhd. adalah berteraskan kepada Khazanah Perubatan Islam. Ia
mempunyai identiti yang tersendiri. Produk yang dikeluarkan
ini telah melalui kajian berdasarkan kitab-kitab Ulamak
Perubatan Islam yang digabungkan dengan Nas dari Al-Quran,
dalil dari hadis serta pendapat ulamak perubatan Islam.
Kebanyakan daripada produk yang dikeluarkan adalah daripada
gabungan herba yang pernah diamalkan sejak zaman sebelum
nabi Muhammad S.A.W. lagi hinggalah ke hari ini. Kesemua
herba ini terbukti sangat baik untuk kesihatan manusia
sehingga kita dapati perubatan Islam berkembang maju di awal
abad kedua dan ketiga hinggalah pihak barat turut mengambil
peluang dari kehebatan perubatan ini.
Kepada semua warga Perniagaan Qurba, saya berharap kita
dapat mengembalikan semula kegemilangan Khazanah Perubatan
Islam kerana setiap dari herba yang mempunyai nas serta
keterangan kebaikannya dan bukanlah hanya sekadar berkhasiat
untuk penyembuhan fizikal sahaja tetapi juga mempunyai
rahsia penyembuhan rohani.
Besar harapan kita agar Khazanah Perubatan Islam ini
mendapat tempat di hati masyarakat Islam khususnya di
Malaysia agar umat Islam di negara kita mendapat suatu
kehidupan yang sempurna untuk tujuan sebenar di dunia dan
akhirat.
InsyaAllah kita dirahmati Allah atas usaha kita ini. Sekian.
Ikhlas,
Ustaz Haji Abdul Jamil bin Haji Ahmad
Pengarah Urusan
Perniagaan Qurba Sdn. Bhd.
|