 |

|
 |

|
|
Harga: |
Semananjung
Malaysia
Sabah/Sarawak
Brunei/Singapura |
RM
RM
$ |
45.00
47.00
24.00 |
|
|
|
|
|
|
Satu-satunya makanan kesihatan berasaskan 20 herba pilihan
Khazanah Perubatan Islam khusus untuk membuang toksik dalam
badan serta memulihkan fungsi kesemua organ badan. Kesemua
herba ini mempunyai dalil dan pendapat yang cukup hebat
dalam Khazanah Perubatan Islam. Antaranya:
|
|
|
|
a |
 |
“
Bersabda Rasulullah S.A.W., Makanlah oleh kamu hindiba’
dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut, sesungguhnya
tidaklah sehelai daripada daun hindiba’ itu melainkan
mengandungi air dari syurga”. |
|
|
|
“
Hendaklah kamu memakan hindiba’ kerana ianya dapat
menyuburkan air mani dan mencantikkan muka.”
(mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda). |

|
|
|
a |
|
|
|
 |
Segala pujian bagi Allah,
solawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w,
keluarga baginda dan sahabat setia baginda.
Kami PERNIAGAAN QURBA SDN. BHD. adalah syarikat yang pertama
di Malaysia berusaha membuat kajian dan penyelidikan
terhadap Kitab-Kitab Ulamak Perubatan Islam. Kami berusaha
mendapatkan herba-herba berkhasiat khususnya herba yang
mempunyai dalil-dalil atau nas sama ada dari Al-Quran, Hadis
Nabi saw dan amalan yang diteruskan dari satu generasi ke
satu generasi hingga ke hari ini. Semoga dengan usaha ini,
kita sama-sama dapat mengembalikan kegemilangan perubatan
Islam yang terkenal pada masa dahulu. Pihak kami juga dapat
memartabatkan kembali Khazanah Perubatan Islam kepada
masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan umat Islam lain
umumnya.
PERNIAGAAN QURBA SDN. BHD. telah melangkah setapak lagi ke
hadapan dengan terhasilnya satu produk baru “LI KHAMSATUN”
لي
خمسة
iaitu bagaimana cara
menggunakan madu lebah untuk perubatan dan apakah
herba-herba yang baik untuk dicampur bersamanya supaya lebih
berkhasiat menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak
Perubatan Islam dalam kitab-kitab mereka.
LI KHAMSATUN terdiri daripada madu lebah dan dua puluh (1 +
20) herba berkhasiat. Kesemua gabungan ini mempunyai
dalil-dalil atau nas sama ada dari Al-Quran, Hadis Nabi saw
dan pendapat Ulamak Perubatan Islam. Inilah satu gabungan
yang sangat kuat dengan dalil-dalil atau nas yang Insya-Allah
dapat menyembuhkan penyakit manusia. Dalam risalah yang
kecil dan terhad ini, kami hanya terangkan secara ringkas
khasiat 5 daripada 20 herba dalam gabungan produk LI
KHAMSATUN.
1. HINDIBA’ (
هندباء
)
- CICHORIUM INTYBUS
Pokok Hindiba’ sangat terkenal sebagai herba yang sangat
baik untuk kesihatan sejak zaman Yunani, zaman Pliny (A.D 23
- 79) Zaman Napoleon, Greek, Rom dan Mesir Purba (kerajaan
Firaun). Setelah kedatangan Nabi Muhammad saw., Hindiba’
menjadi semakin terkenal kerana Baginda sendiri banyak
meriwayatkan tentang hindiba’. Ulamak Perubatan Islam
menyebut bahawa Hindiba’ dapat menyembuhkan berbagai-bagai
penyakit manusia dan ianya sesuai dimakan bersama madu lebah.
Dalil-dalil kebaikan hindiba’
Terlalu banyak dalil kebaikan hindiba’ di antaranya Nabi
Muhammad saw pernah bersabda:
|
 |
|
 |
|
Maksudnya:
Bersabda Rasulullah saw “Makanlah oleh kamu hindiba’ dengan
cara kesemuanya bahagian pokok tersebut, sesungguhnya
tidaklah sehelai daripada daun hindiba’ itu melainkan air
dari syurga.
Lihat: kitab (
طب النبوى
) Ibnu Qayyim Al-Juziah, oleh Syuib Al-Arnaout, m.s 368.
Kitab (
) oleh Muhsin Aqil, m.s 20 Kitab (
طب الألمة ) oleh Al-Sayyid
Abdullah Syubbir, m.s 244.
Saidina Ali bin Abi Talib (kw) juga ada meriwayatkan tentang
kebaikan hindiba’ yang maksudnya sama dengan apa yang
diriwayatkan oleh Nabi Muhammad saw.
Lihat: Kitab (
طب الأمأمعلي
), oleh Muhsin Aqil,
m.s 100, kitab (
طب الألمة ) m.s 245
Kenyataan kebaikan hindiba’ oleh Ulamak Perubatan Islam yang
terkenal di zaman silam iaitu Imam Ja’aar As-Sodiq r.h (83 -
148H) beliau mengatakan:
|
|
عليك
بالهندباء فانه يزيدفي الماء ويحسن الو جه |
|
Maksudnya:
“Hendaklah kamu memakan hindiba’ kerana ianya dapat
menyuburkan air mani dan mencantikkan muka” (mencantikkan
muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda).
Lihat kitab (
طب الأمام الصادق ),
oleh Muhsin Aqil, m.s 125. Kitab (
طب الامام الرضا ), oleh
Muhsin Aqil, m.s 312, Kitab (
طب الألمة ) m.s 245.
Khasiat hindiba’ menurut Ibnu Sina (370 - 428 H), seorang
Ulamak Perubatan Islam terkenal sejak dahulu sampai ke hari
ini, beliau mengatakan:
|
|
 |
|
Terjemahannya: Berkata Ibnu Sina: Hindiba’ dapat membuka
segala yang tersumbat di saluran makan (di usus) dan di
dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan
penyakit mata, menghapuskan penyakit peputihan di mata (selaput
mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk
penyakit kerongkongan, (kerongkongan, kemerahan kerongkong)
dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di
perut. Hindiba’ merupakan penawar yang terpilih untuk
mengatasi segala masalah kelemahan di perut. Lihat
Lihat:Kitab (
القانونفي ألطب
) Ibnu Sina, oleh Said
Al-Lahham, m.s 550.
Khasiat Hindiba’ menurut Ulamak Perubatan Islam terkenal,
IbnuQayyim Al-Juziyah (691 - 751H), dalam kitabnya (
طب النبوى
) m.s 368, beliau mengatakan: Maksudnya, “Apabila dimakan
maka Hindiba’ boleh melegakan luka-luka dalam perut,
bermanfaat untuk segala yang tersekat di perut, penyakit
kepanasan mata (masalah penyakit mata), menguatkan perut,
membuka segala yang tersumbat di hati, bermanfaat untuk
penyakit kepanasan dan kesejukan badan, membuka segala yang
tersumbat di limpa, di urat-urat saraf, di saluran makanan (perut),
membersihkan buah pinggang, membersihkan segala penyakit di
dada, membersih (menghilangkan) kepanasan darah, penyakit
kencing serta hindiba’ mempunyai kekuatan menghapuskan
segala masalah keracunan badan (toksin).
2. HABBATUS SAUDA’ (
حبة السوداء
) - NIGELIA SATIVA
Habbatus Sauda’ adalah jenis bijirin herba yang sangat
terkenal khasiatnya dalam perubatan Islam, mempunyai dalil
atau nas yang terlalu banyak dari Nabi SAW sendiri dan
ulamak perubatan Islam, di antaranya sabda Rasulullah SAW
dalam hadis sahah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
Baginda bersabda :
|
|
 |
|
Maksudnya:
Daripada hadis Abi Salamah (r.d), bahawasanya Rasulullah SAW
bersabda: “Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda’ ini,
kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati”.
Lihat: Kitab (
طب النبوى
), m.s 273. Kitab (
), m.s 110. Kitab (
طبالأمام الطادق
) m.s 194.
Khasiat Habbatus Sauda’
Ibnu Sina dalam Kitabnya Al-Qanun Fi Al-Tib (
القانون في الطب
) m.s 856, mengatakan bahawa: Habbatus Sauda’ dapat
melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit
kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastrik,
menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang
keracunan badan (toksin).
Begitu juga dengan pendapat Ulamak Perubatan Islam yang lain
seperti Ibnu Al-Baithor dalam kitabnya Jamiah
(
جامعة ), Daud
Al-Intoqi dalam Kitab Tazkirah (تذكرة
) dan lain-lain.
3. BABUNAJ ( ) - MATRICARIA CHAMOMILLA
Sejak zaman dahulu hingga kini masyarakat Arab dan Farsi
menganggap pokok babunaj sebagai pokok herba yang sangat
istimewa untuk mereka. Bunga Babunaj yang berwarna putih
kekuningan sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai-bagai
penyakit.
Di antara khasiat bunga Babunaj seperti mana yang disebut
dalam kitab-kitab Perubatan Islam ialah dapat melawaskan
kencing, mengubati kesakitan ketika haid, mengubati usus
kecil dan besar, sistem penghadaman, gastrik, buang angin di
badan, menghilangkan kepanasan di badan, sakit kepala,
sakit-sakit sendi serta dapat memberi semangat dan tenaga
kepada seseorang. Sila lihat: Kitab (القنونفى
الطب ) Ibnu Sina,
Jilid 1, m.s 473 - 474, Kitab (صيدلية
العطار ) Ibnu
Al-Baithor, m.s 89 - 90, kitab (
صيدلية الاعشاب )
Daud Al-Intoqi, m.s. 60 dan lain-lain kitab perubatan Islam.
4. HULBAH (
حلبة
) - TRIGONELLA FEONUM GRAECUM
Hulbah adalah sejenis bijirin herba yang digunakan secara
meluas dalam perubatan Islam sejak zaman dahulu kala lagi.
Terdapat banyak riwayat tentang kebaikan hulbah sama ada
dari Nabi SAW sendiri dan ulamak perubatan Islam, di
antaranya:
|
|
ويذكر عن
القاسم بن عبد الرحمن انه قال : قال
رسول الله أستشفوا بالحلبة |
|
Maksudnya:
Disebut daripada Al-Qasim bin Abdul Rahman, dia berkata:
telah bersabda Rasulullah (SAW), “Berubatlah kamu dengan
Hulbah”.
Lihat Kitab (
طب النبوى
) m.s. 276, Kitab (
) m.s. 53.
Kebaikan hulbah menurut Ulamak Perubatan Islam, di antaranya
ialah:
|
|
لو علم الناس
منالعها لآ شتروها بوزنها ذهبا |
|
Terjemahannya: “Seandainya manusia mengetahui manfaatnya
hulbah, tentulah mereka akan membelinya dengan emas yang
sama timbangannya”.
Khasiat Hulbah
Dalam kitab-kitab perubatan dinyatakan bahawa hulbah
mengubati masalah kerongkong, kahak, sakit dada, lelah,
melegakan pernafasan, menambahkan air mani, masalah usus,
angin (gastrik) jantung, buah pinggang dan keracunan badan (toksin).
Lihat: Kitab (
القانون في الطب ) Ibnu
Sina, m.s. 597 - 598. Kitab (
طب النبوى
) m.s 276 Kitab
(
صيدلية الا عشاب
) Daud Al-Intoqi oleh
Muhsin Aqil, m.s 162 - 163. Kitab (
صيدلية العطار
) Ibnu Al-Baithor oleh
Muhsin Aqil, m.s. 191 - 912.
5. ZANJABIL (
زنجبيل
) - ZINGIBER OFFICINALE
Sudah menjadi amalan kebiasaan orang-orang Arab sejak zaman
dahulu sehingga sekarang, mereka memasukkan zanjabil dalam
minuman harian, teh, kopi susu dan madu kerana khasiatnya
yang sangat banyak menurut perubatan Islam.
Zanjabil adalah salah satu herba yang disebut dalam Al-Quran
dalam surah Al-Insan (
الأنسان
) ayat 17 (Demi menjaga kesucian Al-Quran ayat tidak ditulis).
Maksudnya “Mereka dalam syurga itu diberi sejenis minuman
yang dicampurnya dari zanjabil”.
Khasiat Zanjabil
Menurut kitab-kitab perubatan Islam, Zanjabil dapat
mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada,
jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan,
mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan
badan. Lihat: Kitab (
القانون في الطب ) Ibnu
Sina m.s 558 - 559, Kitab (
طب النبوى
) m.s 293, Kitab (
صيدلية العطار )
m.s 293 - 294 Kitab (
صيدلية الا عشاب
) m.s 253.
MADU LEBAH
عسل
/ FOREST HONEY
Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu
disebut dalam Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Terdapat satu
surah khas dalam Al-Quran tentang lebah iaitu Surah Al-Nahl
pada ayat 68 - 69 (demi menjaga kesucian Al-Quran, ayat
tidak ditulis)
Maksudnya, "..............................dari perut lebah
itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di
dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi
manusia”. Ulamak perubatan Islam telah sepakat, mengatakan
madu lebah sangat baik untuk kesihatan manusia, dapat
menyembuhkan berbagai-bagai penyakit, begitu juga ia
diperakui oleh seluruh ahli perubatan barat dan timur.
Kami memilih madu dari Republik Islam Iran kerana khasiatnya
yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu di
pokok-pokok kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya yang
mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam Al-Quran dan
Kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang banyak.
KHASIAT LI KHAMSATUN
Khasiat LI KHAMSATUN untuk kesihatan manusia terlalu banyak
kerana ianya menggunakan madu lebah yang mana madu sendiri
disepakati oleh Ulamak Perubatan Islam serta ahli perubatan
barat dan timur dapat menyembuhkan berbagai penyakit manusia.
Tambahan pula dalam LI KHAMSATUN ini terdapat dua puluh
herba pilihan yang dinyatakan dalam kitab-kitab Perubatan
Islam tentang khasiatnya yang sangat banyak. Di antara
khasiat yang disebut di dalam kitab-kitab ialah mengubati
masalah jantung, buah pinggang, paru-paru, masalah usus,
sistem penghadaman, gastrik, angin dalam badan, menstabilkan
darah, darah tinggi, menstabilkan suhu badan, sakit dada,
kencing manis, masalah keletihan, nafsu makan, memberi
tenaga kelamin, sakit-sakit sendi, urat saraf, masalah limpa,
hempedu, awet muda, membuang keracunan badan (toksin),
mengelak daripada terjadinya barah dan sebagainya untuk
kesihatan manusia. Dapat dikatakan bahawa LI KHAMSATUN
adalah perubatan semulajadi menggunakan sumber alam ciptaan
Allah secara terus, tidak ada bahan kimia, perasa, pengawet,
pewarna yang boleh membawa kesan sampingan yang buruk.
RUJUKAN KITAB-KITAB PERUBATAN ISLAM
|
|

|
CARA MENYEDIAKAN
Campurkan kesemua serbuk herba ke dalam bekas madu digaul
hingga sebati. Setelah dicampur, kaedah ini dapat bertahan
sehingga 2 bulan. (Anda boleh campurkan sedikit demi sedikit
dengan kadar 1 sudu madu (10gm) bersamaan dengan 1/4 sudu
teh serbuk herba (1gm). Kaedah ini lebih tahan sehingga 1
tahun. Dimakan 1 sudu (10gm) 1 - 2 kali sehari (pagi dan
malam). |
| |
Hakcipta © 2008 : Perniagaan Qurba Sdn.
Bhd.
|
|
|