 |

|
 |
|
|
 |
|
‘ASAL
(FOREST HONEY)
Maksudnya : “..........................dari perut lebah itu
keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya yang
menjadi penyembuh bagi manusia”- Surah Al-Nahl, ayat 68-69. |
|
|
|

|
|
ZA’FRAN
(CROCOS SATIVUS)
Stigma bunga Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal
dan termahal, dikenali sebagai “King of Spices”. Dalam
kitab Tib Al-Imam Ali , m.s 381, Saiyidina Ali (k.w.)
menyatakan, Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil sebahagian
za’faran tulen dan su’dun satu bahagian dicampurkan
dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu)
pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya
sehingga dituduh melakukan sihir.” |
|
|
 |
|
KARAPS (APIUM GRAVOLENS)
Dalan kitab Tib Al-Nabi , m.s 47, Nabi saw sendiri
menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan
sabda Baginda saw , maksudnya : “Makanlah oleh kamu karaps,
kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir
(Nabi Allah Khidir a.s).”
|
|
|
 |
|
QARANFUL (EUGENIA CAROPHYLLUS)
Dalam kitab “Tib Al-Imam Al-Sodiq ” m.s 381, Imam Ja’afar
As-Sodiq (r.h.), pernah menerangkan masalah kecerdasan
minda kepada muridnya Abi Basir iaitu :
Maksudnya : “Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada As-Sodiq
(Imam Ja’afar As-Sodiq). Bagaimanakah kami berupaya
mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami ? Lalu Imam
Ja’afar As-Sodiq berkata, Ambillah seberat 10 dirham (lebih
kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban)
serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah
(dihisap) pada setiap hari.” |
|
|
 |
|
ADAS (ORGANIC LENTHILS)
Adas disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61. Dalam
kitab “ "Tibbul Aimmah" m.s. 389 menyebutkan :
Maksudnya : "Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang
menguatkan ingatan ialah memakan daging di kawasan
tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti
madu), makan adas, makan roti dan membaca ayat al-kursi." |
|
|
 |
|
KHARDAL (BRASSICA JUNCEA)
Dalam kitab “Tibbul Al-Immah” m.s 388 dan kitab”Tib Al-Imam
Ridho “m.s. 121, menyebutkan riwayat Imam Ali Al-Ridho (Ulamak
Perubatan Islam), Maksudnya : “Sesiapa yang ingin mengatasi
masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan
tiga potong zanjabil yang dicampur dengan madu dan
juga khardal (sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada
setiap hari.” |
|
|
 |
|
NA’NA (MENTHA LONGIFOLIA)
Dr. Riyad Muhammad (Ulamak Perubatan Islam moden) dari Mesir
menyatakan rahsia pemakanan untuk kecemerlangan minda.
Maksudnya : “Digoreng (dikeringkan) na’na serta dihaluskan
kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh
titik minyak habbatus sauda’ diminum suam-suam serta
dibaca ayat al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta
surah Yassin.” |
|
|
 |
|
ZABIB (RAISIN)
Dalam kitab"Tib Al-Nabawi "oleh Ibnu Qayyim al-Juzi, m.s.
241, menyebutkan bahawa : Maksudnya : “Imam Al-Zuhri berkata
: Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah
makan zabib (kismis).” |
|
|
|
|
|
LUBBAN (GETAH POKOK)
Dalam kitab “Tib Al-Nabawi ” m.s. 355 menyebutkan riwayat
dari Ibnu Abbas (r.h) Anas (r.a.) Dan Saiyidina Ali (k.w.) :
Maksudnya : “Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (k.w) bahawa
dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu
kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali
(k.w.) Menyuruh ia menggunakan lubban, kerana lubban
dapat menguatkan hati serta menghilangkan kelupaan.” |
|
|
|

|
|
|
 |
|
HABBATUS SAUDA’ (NIGELLA
SATIVA)
Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis sahih diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim,
Baginda s.a.w bersabda, maksudnya : "Hendaklah kamu
mengambil habbatus sauda’ ini,
kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati.”
(Lihat kitab"Tib Al-Nabawi” m.s. 273, kitab"Tib Al-Nabawi" m.s. 110, kitab"Tib
Al-Imam AsSodiq "m.s 194) |
|
|
 |
|
HINDIBA’ (CICHORIUM INTYBUS)
Berkata Ibnu Sina : Hindiba’ dapat membuka segala yang
tersumbat di saluran makan dan
di dalam urat saraf , Mengubati penyakit mata, menghapuskan
penyakit peputihan di mana
(selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat
untuk penyakit kerongkongan,
dapat melegakan kahak, serta memperbaiki urus-usus di perut.
Hindiba’ merupakan penawar
yang terpilih untuk mengatasi segala masalah kelemahan di
perut. Lihat: Kitab" Al-Qanun fi Al-Tib"
Ibnu Sina, oleh Said Al-Lahham, m.s 550. |
|
|
 |
|
BABUNAJ (MATRICARIA CHAMOMILLA)
Khasiat bunga Babunaj ialah dapat melawaskan kencing,
mengubati kesakitan ketika haid,
mengubati usus kecil dan besar, menghilangkan kepanasan
badan, sakit kepala, sakit-sakit
sendi serta dapat memberi semangat dan tenaga kepada
seseorang.
(Lihat kitab “Al Qanun fI Al-Tib ” Ibnu Sina, Jilid 1, m.s
473-474, kitab
karangan Ibnu Al-Baithor, m.s. 89-90, kitab karangan Daud
Al-Intoqi, m.s. 60). |
|
|
 |
|
ZANJABIL (ZINGIBER OFFICINALE)
Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Insan ayat 17.
Maksudnya : “.....mereka dalam syurga itu, diberi minum
sejenis minuman campurannya zanjabil.” |
|
|
 |
|
HULBAH (TRIGONELLA FEONUM GRAECUM)
Hulbah dapat mengubati masalah kerongkong, kahak, sakit
dada, melegakan pernafasan, menambahkan air mani, masalah
usus, angin (gastrik), buah pinggang dan keracunan badan (toksin).
(Lihat kitab “Al-Qanun fi Al-Tib” Ibnu Sina, m.s. 597-598,
kitab “Tib Al-Nabawi ” m.s 276, kitab karangan Daud Al-Intoqi
oleh Muhsin Aqil, m.s. 162-163). |
|
|
| |
Hakcipta © 2008 : Perniagaan Qurba Sdn.
Bhd.
|
|
|