 |
Akal merupakan satu anugerah
Allah S.W.T yang terpenting kepada manusia. Dengan akal
Allah S.W.T mentaklifkan (pertanggungjawab) kepada kita
tentang semua syariatNya. Memahami hakikat kepentingan akal
inilah, maka syarikat kami “PERNIAGAAN QURBA” berusaha
membuat kajian ilmiah yang mendalam tentang makanan
kecerdasan otak yang bersumberkan daripada :
1. Al-Quran
2. Sunnah Nabi S.A.W
3. Pendapat Ulamak Perubatan Islam
KENAPA ULAMAK-ULAMAK TERDAHULU MEREKA?
Mempunyai akal yang cerdas, kuat ingatan, kuat hafalan serta
pintar? Dapat menghafal Al-Quran, mengigati beribu-ribu
hadis Nabi S.A.W. ? Menguasai pelbagai ilmu sejak kecil ?
Dapat berijtihad, menyelesaikan masalah umat, mereka dapat
mengekalkan kesihatan akal serta tidak lupa dan nanyuk di
sepanjang kehidupan mereka.
Semua pertanyaan di atas sudah kami temui rahsia makanan
mereka. FAQEH adalah makanan kecerdasan otak yang kami
kumpulkan serta gabungkan tiga belas bahan dari
tumbuh-tumbuhan pilihan dari luar negeri dikeringkan, tiada
bahan kimia, ubat penahan dan pewarna. Disediakan menurut
kaedah secara saintifik di bawah kawalan kilang bertaraf GMP
dalam bentuk tablet supaya mudah dihisap atau dikunyah oleh
peringkat umur dari kanak-kanak hingga orang tua lanjut usia.
KHASIAT FAQEH diantaranya ialah :
 |
Kanak-kanak membesar
dengan pertumbuhan akal yang sempurna. |
 |
Pelajar rendah hingga
ke universiti dapat menerima pelajaran dengan baik,
kreatif, aktif, berdaya saing maju kehadapan. |
 |
Orang dewasa hingga
lanjut usia dapat mengekalkan ingatan, tidak lupa,
nyanyuk dan
sebagainya. |
 |
Baik untuk masalah
penyakit mental, sakit kepala, tenang fikiran,
mengembalikan kesegaran
berfikir. |
KETERANGAN RINGKAS SETIAP 13 BAHAN DALAM FAQEH
Dalam risalah yang kecil ini, kami hanya terangkan dengan
ringkas 13 bahan kecerdasan minda sepertimana yang disebut
dalam kitab-kitab perubatan Islam. Untuk keterangan lanjut
anda bolehlah merujuk kepada sebahagian kitab yang kami
senaraikan diakhir risalah ini.
Bahan 1.
عسل
- ASAL (MADU LEBAH)
Dalam kitab Perubatan Islam dinyatakan bahawa madu hendaklah
dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk kecerdasan
minda seperti yang diterangkan bahannya dalam risalah
ringkas ini. Kebaikan madu terdapat dalam Al-Quran, Surah
Al-Nahl: 68 - 69.
Maksudnya : “...........dari perut lebah itu keluar minuman
(madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat
yang boleh menyembuhkan penyakit manusia”.
Dalam kitab, “
الحث على حفظ العلم
” oleh Abdul
Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H) menyatakan bahawa :
Maksudnya : “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik
untuk ingatan”.
|
 |
|
Bahan 2.
كرفس
- KARAPS
(BIJIRIN)
Dalam kitab “
طب
النبى
”, m.s. 47. Nabi saw
sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda
dengan sabda Baginda saw :
|
|
كلو
ا الكر فس فانه يورث الحفظ وهو طعام الخضر |
|
Maksudnya :
“Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan,
karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s)”
Sabda Baginda saw lagi tentang kebaikan karaps:
|
|
عليكم بالكر فس فانه لو كان نس يويد فى العقل فهو |
|
Maksudnya:
“Hendaklah kamu mengambil karaps, jika sekiranya sesuatu
dapat menambahkan akal maka ianya adalah karaps.”
|
|
Bahan 3.
زعفران
- ZA’FARAN
(STIGMA BUNGA)
Stigma Bunga Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal
dan termahal, dikenali sebagai “King Of Spices”. Terlalu
banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik
untuk kecerdasan minda. Dalam kitab
“
طب اللأمأم علي
”, m.s. 381, Saiyidina
Ali (k.w) menyatakan: |
|
من أخذ من
الز عفر ان الخالص جزءا ومن السعد جزءا ويضاف اليهما عسل
يشرب منه مثقلين في كل يوم فانه يتخوف عليه من شدة الحفظ أن
يكون ساحر |
|
Maksudnya : “Sesiapa yang
mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian
dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal
(dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang
ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.
|
|
Bahan 4.
سعد
- SU’DUN (AKAR TUMBUHAN)
Kebaikan Su’dun
untuk kecerdasan minda seperti dalam kenyataan bahan nombor
3 di atas. Za’faran dan Su’dun dikehendaki makan bersama
madu pada setiap hari.
|
|
Bahan 5. قرنفل
- QARANFUL (BUNGA)
Dalam kitab “
طب اللاء مام الصادق
” m.s 381, Imam Ja’afar
Al-Sodiq (r.h), lahir pada 80H, (guru kepada Imam Abu
Hanifah r.h), pernah menerangkan masalah kecerdasan minda
kepada muridnya Abi Basir iaitu :
|
|
عن ابي
البصير قال فلت للصادق كيف نقدر على العلم الذى فر عتموه لنا
فقال
جذ وزن عشر دراهم قرنفل ومثلها كندر ذكر ودقهما ناعما ثم استف
على الويق كل يوم قليلا |
|
Maksudnya : “Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada Al-Sodiq
(Imam Ja’afar Al-Sodiq). Bagaimanakah kami berupaya
mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami? Lalu Imam
Ja’afar Al Sodiq berkata, Ambillah seberat 10 dirham (lebih
kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban)
serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah
(dihisap) pada setiap hari”.
|
|
Bahan 6.
لبان
- LUBBAN (GETAH POKOK)
Lubban disebut juga
sebagai kundur zikri “
كندر ذكر ”
seperti dalam kenyataan Imam Ja’afar (r.h) pada kenyataan
bahan nombor 5 di atas. Lubban dikenali umum oleh orang Arab
sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak
riwayat di antaranya dalam kitab “
طب النبوى
”, m.s 355
menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas (r.d), Anas (r.a) dan
Saiyidina Ali (k.w):
|
|
يرى عن على
أنه قال لرجل شكا اليه النسيان عليك باللبان
فانه يشجع القلب ويذهب السيان |
Maksudnya :
“Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (k.w) bahawa dia menyatakan
kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah
penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali (k.w) menyuruh ia
menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati
serta menghilangkan masalah kelupaan.”
|
Bahan 7.
زنجبيل
- ZANJABIL (UBI
TUMBUHAN)
Zanjabil terdapat
dalam Al-Quran, surah Al-Insan ayat 18, Maksudnya : “.....mereka
dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya
zanjabil.”
Dalam kitab “
طب اللأنمة
” m.s 388 dan Kitab “
طب الامام الرضا
” m.s 121,
menyebutkan riwayat ulama yang terkenal iaitu Imam Al-Ridho
r.h (141 - 203H) mengatakan bahawa :
|
|
من أراد يقل نسيانه يكون حافظا فلماكل
كل يوم تلاث
قضع زنمبيل مربي بالعسل ويصطبغ بالحز دل مع طعامه في كل
يوم |
|
Maksudnya : “Sesiapa yang
ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka
hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang dicampur
dengan madu dan juga khardal (sejenis bijirin) bersama
dengan makanan pada setiap hari.”
|
|
Bahan
8.
خردل
- KHARDAL (BIJIRIN)
Secara ringkas,
kebaikan khardal dan kecerdasan minda seperti dalam
kenyataan bahan nombor 7 di atas pada kenyataan Imam Ali Al-Ridho
r.h (141-203H) menyuruh kita memakan khardal dan Zanjabil
bersama madu pada setiap hari.
|
|
Bahan 9.
نعناع
- NA’NA (DAUN)
Dr. Riyad Muhammad salah seorang ulamak perubatan Islam
moden dari Mesir dalam kitabnya “
دليل المعالجين بالقر ان الكريم
” m.s. 298,
menyuruh kita memasukkan daun na’na dan habbatus sauda’ ke
dalam madu untuk kecemerlangan minda, beliau menyatakan :
|
|
نعلى النعناع
ونضع عليه بعد تجليته بعمل مبع قطران من زيت الحبة السو داء
ويشرب دافتا ويكون مقروءا فيه ايات الوقية 7 مرات وايات الشفاء
وسورة يس |
Maksudnya : “Digoreng (dikeringkan)
na’na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu,
selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak Habbatus Sauda’
diminum suam-suam serta dibaca ayat al-Ruqayyah sebanyak 7
kali, ayat Syifa serta Surah Yassin.”
|
Bahan 10.
حبة السوداء
- HABBATUS SAUDA’ (BIJIRIN)
Kegunaan Habbatus Sauda’
bersama madu untuk kecerdasan minda seperti kenyataan bahan
nombor 9, di atas. Dalil atau nas kebaikan habbatus sauda’
terlalu banyak di antaranya sabda Rasulullah saw dalam hadis
sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda saw
bersabda :
|
|
من حديث أبي
سلمة رضى الله عنه أن رسول الله قل عليكم
هذه الحبة السوداء فان فيها شفاء من كل داء الا السام |
Maksudnya : “Daripada hadis
Abi Salamah (r.d) bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
“hendaklah kamu mengambil Habbatus Sauda’ ini, kerana ianya
penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati.”
|
Bahan 11.
عدس
- ADAS (BIJIRIN)
Adas adalah makanan
yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61. Adas
dapat menguatkan ingatan seperti mana dalam kitab “
طب الأيمة
” m.s 389 menyebutkan :
|
|
وفي بعض
الأخبار يورث الحفظ أكل اللحم مما يلي العنق وأكل
الحلوى والعدس والخبر البارد وقراءة اية الكرسى |
Maksudnya : “Terdapat berita
menyatakan bahawa perkara yang menguatkan ingatan ialah
memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan
yang manis-manis (seperti madu) makan adas, makan roti dan
membaca ayat-ayat al-kursi”.
|
|
Bahan 12.
زبيب
- ZABIB (BUAH)
Dalam kitab “
طب النبوى ” oleh
Ibnu Qayyim al-Juzi, m.s 241, menyebutkan bahawa :
|
|
قال الزهري
من أحب ان يحفظ الحديث فليا كل الزبيب |
Maksudnya : “Imam Al-Zuhri
berkata : Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia
hendaklah makan zabib (kismis)”.
|
|
Bahan 13.
لبان
- Laban (PURE GOAT
MILIK)
Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran tentang kebaikan Laban
dalam dua surah :
1. Surah Al-Nahl ayat 66
2. Surah Muhammad ayat 15
*Sila rujuk Al-Quran
Keterangan : Kami campurkan susu kambing dalam tablet ini,
kerana khasiatnya yang sangat banyak sepertimana yang
disebut dalam kitab-kitab perubatan Islam dan moden. |
|
|
DIANTARA RUJUKAN KITAB-KITAB PERUBATAN ISLAM
|
|
 |
Dan
Kitab-kitab Perubatan Islam yang lain yang tidak dapat kami
senaraikan dalam risalah yang ringkas ini.
Sebelum makan hendaklah diniat untuk kecerdasan minda demi
beribadat kepada Allah. Membaca solawat kepada Nabi saw
serta keluargaNya dan membaca Surah Al Fatihah.
Umur 3 hingga 12 tahun - 2 hingga 4 tablet sehari
Umur 13 tahun ke atas - 4 hingga 6 tablet sehari
Dimakan secara hisap atau kunyah pada waktu pagi sebelum
sarapan dan malam sebelum tidur.
Empat nasihat Imam Shafie (r.h) untuk menambahkan kecerdasan
akal :-
1. Meninggalkan cakap-cakap kosong
2. Menggunakan siwak (kayu sugi).
3. Duduk bersama majlis orang-orang soleh.
4. Duduk bersama majlis ulama’. |