 |
LATAR
BELAKANG SYARIKAT
Perniagaan
Qurba Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat milik penuh
usahawan bumiputera Islam yang pertama sekali di Malaysia
membuat kajian mendalam khusus terhadap herba Khazanah
Perubatan Islam.
Kami menjadikan Al-Quran, hadis nabi S.A.W. dan kitab ulamak
perubatan Islam sebagai rujukan utama dalam usaha
mengeluarkan produk kesihatan untuk dipasarkan seterusnya
digunakan oleh semua pengguna muslim di seluruh negara.
Dalam usaha untuk mengembangkan Khazanah Perubatan Islam ini
juga, kami telah membentuk suatu konsep usahasama (ta’awun)
antara pengedar dan pengusaha. Melalui gagasan perkongsian
pintar ini, kami merasakan insyaAllah apa yang diidamkan
oleh para usahawan dan pengguna akan menjadi kenyataan.
Wakil pengedar tidak perlu mengeluarkan modal yang besar
untuk memulakan perniagaan ini. Bantuan daripada pihak
syarikat akan diberikan dalam bentuk penerangan dan
teknik-teknik perniagaan bagi meningkatkan pendapatan.
Sesuai dengan era peningkatan jumlah usahawan bumiputera
Islam yang terbaik, Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. akan
menjalankan perniagaan ini berdasarkan 3 prinsip utama iaitu:-
|
|